Any request for new entry, may email me at aliah.helmi@gmail.com. I strongly suggest to you to consult doctor for better understanding. Thank you. Regards, Aliahelmi

Thursday, January 27, 2011

GAOT





merujuk kepada tajuk yang di ketengahkan ,dan hasil dari pemerhatian saya.kesemua orang penting dalam hidup saya mengalami masalah ini.pakcik sebelah emak,pakcik sebelah ayah,dan even ayah saya sendiri mengalami penyakit ini.hehe...


Gaot atau dalam bahasa Melayunya ialah Gaut merupakan salah satu penyakit sendi yang tejadi ekoran pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi.penyakit ini amat menyakitkan dan ia menyebabkan kulit pesakit akan membengkak.bahagian anggota badan yang sering menjadi sasaran kepada penyakit Gaot ialah sekitar bahagian kaki,tangan dan muka.Ibu kaki merupakan titik permulaan kepada penularan sakit gaot ini.Bagaimanapun,tiada kajian yang di temui yang menyatakan penyakit ini membawa maut seperti penyakit jantung atau Diabetes seumpamanya.namun,penyakit ini boleh di katakan sangat 'killer',ekoran kesakitan yang di alami oleh pesakit amat 'menyeksakan'.

Gaot berpunca daripada peningkatan asid urik atau gabungan ketidakupayaan badan mengurusankan lebihan asid urik di bawah lapisan kulit.hampir 90% kajian mendapati,Gaot berpunca dari faktor pemakanan yang tidak terkawal oleh pesakit. meskipun,banyak pihak yang memandang enteng apabila umum membicarakan mengenai diet permakanan,tetapi inilah hakikat sebenar.dengan pemakanan yang tidak terkawal, pelbagai jenis penyakit akan merebak.Serangan pertama biasanya akan tertumpu pada ibu jari kaki.

Terdapat 4 peringkat penyakit Gaot ini iaitu, asiptomatik,interkritikal,akut dan kronik.kebiasaanya Gaot lebih menyerang kaum lelaki berbanding kaum wanita. antara faktor pendorong kepada penyakit Gaot ini termasuklah obesiti,tekanan darah tinggi,Hiperlipidemia dan juga Diabetes(penyakit kencing manis).mereka yang mempunyai masalah ini lebih berisiko menghidap penyakit Gaot.

Tanda-tanda Gaot datang menyerang pesakit ialah,pesakit akan merasa kejutan pada sendi,kemerahan,kesakitan,kehangatan dan kekakuan pada sendi.keradangan hasil tindak balas Gaot menyebabkan kulit menjadi bengkak dan sakit meskipun di sentuh oleh sesuatu yang lembut. lebihan asid urik ini juga mampu membentuk sejenis karang ginjal.




antara kaedah rawatan yang di sarankan ialah,pengambilan ubat-ubatan atasa saranan doktor yang bertauliah.anatara ubat yang sering di beri kepada pesakit Gaot ialah Colchicine yang mengkin akan mengakibatkan rasa mual,pening dan Diarrhea (cibit birit).selain itu,Allopurinol turut menjadi salah satu ubat yang sering digunakan oleh doktor untuk mengurangkan rasa sakit pesakit Gaot.Steriod turut di guna pakai dalam proses merawat pesakit,sama ada dalam bentuk cecar (melalui keadah suntikan kepada pesakit) mahupun dan bentuk pil.sekiranya pesakit Gaot mengalami peringkat yang Kronik,di sarankan untuk melakukkan pembedahan untuk membetulkan kecacatan sendi yang di alami.


kaedah secara tradisonal juga dapat membantu mengurangkan sakit Gaot ini,antaranya ;
1.daun peria katak yang di ambil dan di tumbuk lumat lalu di sapukan pada kawasan yang bengkak untuk mengurankan rasa sakit.
2.mandi air suam turut membantu.
3.bekam lintah juga di katakan mampu mengurangkan kesakitan Gaot,kerana air liur lintah mengandungi 'hirudin' dimana ia mampu menjalankan proses pencairan darah dengan segera.
4.selain itu pokok durian dan akarnya di katakan berpotensi membantu mengurangkan masalah Gaot,iaitu dengan mengambil akarnya serta di rebus bersama kaki ayam dan minum air rebusan (bukan kaki ayam kampung).

pesakit di sarankan tidak mengambil makanan 'seafood',yang bercengkerang.
selain itu,kekacang,ikan,daging,bayam,asparagus harus di elakkan.
pesakit di nasihatkan supaya meningkatkan pengambilan air putih untuk 'pembersihan darah',sayuran hijau,buah-buahan (ceri dan strawberi),dan makanan yang kaya dengan vitamin C serta vitaman B-kompleks.

i think,that's all for now..
catch u later.

l0ve,
IMS doctor.

No comments:

Post a Comment